27 February 2014

Pilihlah. Kalau tak tahu, tanya Dia.

Kekadang dalam hidup ni kita terpaksa memilih.
Kalau bukan sebab kita yang nak. Sebab ia memang lumrah.
Hidup ni pasti ada satu situasi dimana kita kena memilih. Sama ada benda itu baik atau buruk.

Bukan senang nak pilih. Silap pilih, musnah segalanya.
Tapi kalau tepat, betul dan benar pilihan itu, itulah jalan menuju bahagia.
Percaya atau tidak. Itu kenyataan.
Tanyalah sesiapa sahaja di atas muka bumi ini, siapa yang tidak pernah memilih.
Sedangkan nak makan pun, pilih makanan mana yang nak dimasukkan ke mulut. Inikan pula hal-hal berkaitan masa depan, hati dan perasaan.

Just go and fight for what you want, for what you need as well. Itu usaha.

Takpalah kot struggle sikit. Demi mencapai kata putus, pilihan dan keputusan yang tepat.
Yang adil. Yang memuaskan. Kalau melibatkan orang lain, biar saksama. Make sure jangan ada yang terluka.
Hati manusia ni beza-beza. Rambut sahaja yang sama warna.

The best way is istikharah. Tak kisah lah pilihan itu melibatkan apa pun. Serahkan pada Dia.
Dia Maha Mengetahui.

InsyaAllah. Akan ada petunjuk dari Dia.

But please remind yourself, if things not turn macam apa yang diharapkan, dont give up.
Accept it and move on! Itu takdir.

Kita dah usaha, Dia yang tentukan. Kalau ya kata Dia, ya lah. Kalau tidak kata Dia, maka tidak lah. Kun faya kun.

Ingat, Allah knows better. Dia lebih tahu apa yang kita perlu. Dia lebih tahu apa yang kita mahu.
Kadang-kadang nafsu tu menguasai diri. Sampai diri sendiri tak tahu nak pilih mana satu.
Diri jadi tamak. Nak kaut semua. Tak boleh.

Bila dah dapat apa yang sepatutnya, terima kasih Allah.