18 October 2014

Allah is The Best!

2.30 AM and here I am searching for something to read. All of sudden, I found this beautiful post which Kak Dena's.

It's about how to be happy? How? Through Him. Yes. Dengan Dia kita dapat rasa bahagia kita dapat rasa gembira. Semua manusia ada cara untuk gembira tapi Dia cara yang terbaik. Allah sayang hamba Dia yang selalu ingat Dia. Tak kisah lah apa status or who you are as long as you remember Him, He will always love you. Allah sayang semua actually sebab tu Dia dah aturkan hidup setiap manusia di muka bumi. Cuma kita sendiri kena cari dan pastikan apa yang kita pilih itu adalah yang terbaik dan tak tersasar jauh. You know what I mean kan? 

Benda yang nampak senang and memang senang untuk dibuat tapi still kita sebagai manusia biasa rasa susah nak tetapkan hati and diri untuk kekal buat. The thing is get to know Him. Bersyukur, ask for His forgiveness and let go all negative things and people. Kadang kadang kita terlepas pandang benda simple macam ni tapi benda simple ni lah yang mendatangkan rasa tenang, bahagia dan gembira tu.

Bila cukup tiga perkara ni automatically kita akan rasa yang hubungan kita dengan Dia dekat je. Automatically kita akan rasa every single thing yang kita buat tu semua untuk Dia. Untuk capai redha Dia. 

Seriously, this post really touched my heart. Rasa macam ada panah archery tertusuk ni. Rasa banyak sangat buat dosa banyak sangat lupakan Dia. But keep calm, keep reminding myself this words 'Berubah sikit sikit lama lama berubah banyak lama lama kekal sampai syurga.' InsyaAllah.

Credit to Be Happy by Dena Bahrin . Thank you for this beautiful and inspiring post xoxo

27 February 2014

Pilihlah. Kalau tak tahu, tanya Dia.

Kekadang dalam hidup ni kita terpaksa memilih.
Kalau bukan sebab kita yang nak. Sebab ia memang lumrah.
Hidup ni pasti ada satu situasi dimana kita kena memilih. Sama ada benda itu baik atau buruk.

Bukan senang nak pilih. Silap pilih, musnah segalanya.
Tapi kalau tepat, betul dan benar pilihan itu, itulah jalan menuju bahagia.
Percaya atau tidak. Itu kenyataan.
Tanyalah sesiapa sahaja di atas muka bumi ini, siapa yang tidak pernah memilih.
Sedangkan nak makan pun, pilih makanan mana yang nak dimasukkan ke mulut. Inikan pula hal-hal berkaitan masa depan, hati dan perasaan.

Just go and fight for what you want, for what you need as well. Itu usaha.

Takpalah kot struggle sikit. Demi mencapai kata putus, pilihan dan keputusan yang tepat.
Yang adil. Yang memuaskan. Kalau melibatkan orang lain, biar saksama. Make sure jangan ada yang terluka.
Hati manusia ni beza-beza. Rambut sahaja yang sama warna.

The best way is istikharah. Tak kisah lah pilihan itu melibatkan apa pun. Serahkan pada Dia.
Dia Maha Mengetahui.

InsyaAllah. Akan ada petunjuk dari Dia.

But please remind yourself, if things not turn macam apa yang diharapkan, dont give up.
Accept it and move on! Itu takdir.

Kita dah usaha, Dia yang tentukan. Kalau ya kata Dia, ya lah. Kalau tidak kata Dia, maka tidak lah. Kun faya kun.

Ingat, Allah knows better. Dia lebih tahu apa yang kita perlu. Dia lebih tahu apa yang kita mahu.
Kadang-kadang nafsu tu menguasai diri. Sampai diri sendiri tak tahu nak pilih mana satu.
Diri jadi tamak. Nak kaut semua. Tak boleh.

Bila dah dapat apa yang sepatutnya, terima kasih Allah.