23 February 2017

The best teacher is Experience

Bila duduk sorang cuba untuk memikirkan masa depan tiba tiba momen momen masa lalu datang menjengah. I wonder if there are people who feel the same thing.

Mesti rasa macam,
"Kenapa lah aku buat benda tu dulu?" 
"Kenapa lah aku jadi macamtu dulu?" 
"Kalau aku tak buat benda tu mesti sekarang tak rasa macam ni."

Setiap orang ada memori silam or kenangan silam. Kenangan dengan memori apa beza? Hmm okay. Setiap orang mesti ada rahsia dia sendiri yang mungkin hanya certain people and Allah Swt je yang mengetahuinya. Tapi percayalah, there is always something behind each of things that happen in our life. Takda benda yang jadi tanpa sebab.

But no matter what it is, you should be proud and thankful for those memories. Tak semua orang merasai benda yang sama kita rasai. So, mana yang baik jadikan panduan, mana yang buruk jadikan pengajaran supaya benda yang kita taknak jadi tu takkan berulang lagi. Dengan izin Dia.

Yang berlalu tu biarlah berlalu. Memang perlu ada rasa menyesal on certain things yang maybe kita anggap buruk or tak baik untuk diri, keluarga dan masyarakat mahupun negara. Yes, menyesal itu perlu tapi tak semua benda kita harus sesalkan. Kadang kadang hidup ini perlukan something yang boleh dijadikan 'wake up call' supaya kita sentiasa sedar yang kita ni hanya ciptaan Dia yang memang tak sempurna dan takkan pernah sempurna.

Hidup dekat dunia ni kena selalu diterokai supaya tak bosan dan stick on the same thing je. Jadikan setiap halangan itu cabaran bukan beban atau tekanan. Put it as an experience for yourself. Mana tahu boleh share pengalaman tu dengan kawan-kawan, anak-anak, cucu cicit atau sesiapa sahaja yang mungkin akan rasa apa yang kita dah lalui tu? At the same time dapatlah motivate diorang supaya jadi lebih percaya diri lebih yakin untuk teruskan perjalanan hidup yang dah dimulakan. Sharing is caring.

Nasihat saya seketul gadis bernama Shiela yang ada kenangan silam + pahit + hitam paling senang zaman jahiliah tersendiri untuk dikenang, hargailah setiap apa yang jadi dalam hidup anda. Like I said before, mana yang baik jadikan panduan, mana yang buruk jadikan pengajaran.

"Experiences will lead you to be the best person for yourself"

No comments:

Post a Comment